Share |

Kenapa Harga Emas & Perak Jatuh Sekarang?!

Sunday, September 25, 2011

Assalamualaikum WBT...

Sudah dua minggu harga emas di pasaran dunia lembap sejak ia mula dibuka awal januari 2011. Banyak media utama (mainstream media) cuba melaporkan dan menjelaskan kenapa ia mungkin berlaku. Ada yang menyifatkan kejatuhan harga komoditi ini berlaku kerana
pekerjaan baru disediakan oleh kerajaan US, penganguran di US berkurang dari 9.8% kepada 9.4%, nilai USD mengukuh, banjir besar di Australia selaku antara negara pengeluar utama komoditi emas dan perak dan sebagainya. Namun, apa yang tidak dilaporkan ialah berlakunya manipulasi harga emas dan perak oleh golongan-golongan atasan bank tertua dunia di barat untuk memastikan nilai USD tetap dianggap kukuh dan kedua komoditi emas dan perak tidak terus naik melonjak ke langit seperti mekanisme biasanya. Manipulasi sebegini sering terjadi dan ianya menyebabkan harga emas dan perak yang sepatutnya meningkat harga, terus merudum jatuh akibat tekanan harga manipulasi golongan ini. 

bacalah disini, sgt2 menarik.

'Namun, seperti apa yang pernah disebut oleh pakar-pakar analisis komoditi, walaupun tekanan harga akan sering berlaku dan manipulasi harga akan terus dimainkan oleh golongan berkepentingan ini, komoditi emas dan perak akan terus mengukuh kembali setelah tekanan harga tamat. Ini kerana, tekanan yang dikenakan dari manipulasi mereka hanyalah bersifat sementara sahaja atas dasar sentimen spekulasi pasaran yang liar. Setelah tekanan tamat, harga emas dan perak akan kembali meningkat naik dan 'claim' nilainya yang sebenar. Konsep ini sama seperti konsep 'spring'. Apabila tekanan dikenakan, saiz spring akan menyusut untuk sementara waktu. Dan sebaik sahaja tekanan ke atas spring tadi dilepaskan, daya untuk spring tadi melantun tinggi adalah sangat tinggi. Lagi kuat tekanan tadi dikenakan ke atasnya, maka lagi tinggilah daya lantunan spring akan terhasil. Cuba perhatikan trend harga komoditi emas di tahun-tahun yang lepas sebelum tibanya perayaan tahun baru cina seperti berikut.

Oleh itu, melalui konsep yang sama juga, lagi hebat dan kuat tekanan pasaran ke atas komoditi emas dan perak ini, maka lagi tinggilah harganya akan melonjak sebaik sahaja sentimen spekulasi dan manipulasi pasaran berakhir ke atas harga komoditi emas dan perak dunia. Sekarang adalah antara waktu terbaik untuk mula melabur  dalam emas bagi yang baru bercita-cita untuk membelinya. Manakala ianya juga, waktu yang ideal bagi pelabur emas untuk menambah koleksi simpanan kekayaan mereka yang sebenar. Ini kerana, dalam waktu yang terdekat di sekitar tahun baru cina dan selepasnya, tekanan pasaran ke atas kedua komoditi emas dan perak akan berakhir. Harga emas dan perak akan mula memulih kembali. Lantunan harga yang tinggi akan dijangka seperti biasa. Sebelum waktu itu tiba, ambillah peluang anda untuk melabur dalam emas anda sekarang. '

source : institiut emas

0 comments: