Share |

Cara Terbaik Memberanikan Diri Berdepan Kegagalan

Tuesday, April 12, 2011


Cara terbaik untuk memberanikan diri berdepan kegagalan adalah dengan “buat saja”. Saya banyak kali ditanya tentang perkara ini.
Tidak ada cara mudah. Untuk tahu apa yang akan Anda tempuhi sama ada gagal atau berhasil, buat saja.

Untuk memberanikan diri, Anda perlu bersedia berdepan dengan apa jua yang akan Anda tempuhi, sama ada baik atau buruk. Kebanyakan dari kita hanya bersedia menerima yang baik tetapi tak bersedia menerima yang kurang baik (misalnya kegagalan).
Bila berdepan kegagalan, mereka menyalahkan takdir, berkata nasib mereka sudah begitu dan lebih suka untuk mengalah. Saya faham kapasiti Anda dan keadaan Anda.
Tetapi, jika matlamat kita mahu menjadi orang berjaya, perlu bersedia menghadapi semua itu. Jika Anda perasan, saya dah ulang lebih sekali, supaya berani berdepan kegagalan.
Cara kedua, Anda perlu sanggup berdepan dengan kegagalan, kemudian sanggup bangkit semula dari kegagalan yang bakal Anda tempuhi.
Dalam hidup ini, kita sentiasa ada dua pilihan. Hitam atau putih, baik atau buruk, cemerlang atau kurang cemerlang.
Walau apapun pilihan kita, jika kita buat silap selepas tu gagal, kita pasti akan ada peluang untuk bangkit semula. Peluang itu ada di depan mata.
Cuma perlu kuatkan semangat, bangkit semula, teruskan usaha

shuqery/drzaims

0 comments: